Ini Cara Saya Jana Pendapatan Online>> Klik Sini <<

Usah Melekat Di Facebook

Hampir 4 bulan lamanya saya telah mengasingkan diri daripada Facebook. Update status dan mempromosi menggunakan facebook telah dihentikan secara total. Bohong jika dikatakan tidak membuka langsung, ada sekali dua dalam tempoh tersebut membuka facebook tapi hanya sebentar sahaja.

Ada beberapa alasan untuk saya lakukan demikian tapi yang utama adalah untuk mengelak kebergantungan jualan melalui facebook. Ramai tahu, facebook milik Mark Z tapi ramai tidak mahu cuba keluar dari kepompong facebook. Hingga ada yang cuba pelbagai tipu helah baru agar tidak tertangkap oleh robot-robot facebook.

Hal ini amat membimbangkan. Dah macam berniaga dipasaran gelap. Cuba itu dan ini agar empunya pasar tidak cekup kita yang sedang berjual. Teringat pula pihak DBKL yang berkejaran mengejar para peniaga yang berjual di hadapan SOGO. Kesian melihat kelibat peniaga dikejar kerana berniaga pada tempat yang tidak dibenarkan.

Bila perkara ini dilakukan di Facebook, natijahnya, pelbagai tools dan teknik baru yang kononnya dapat menghindarkan dari dicekup akan dibeli.

Kesan tindakan berpisah dengan facebook selama 4 bulan ada 3 perkara:

  1. Jualan masih juga berlaku walaupun tidak dipromosi melalui facebook. Ia datang dari website jualan dan dari review dari blog ini. Selain itu, email marketing yang dilakukan turut menghasilkan jualan. Malah autoreply whatsapp turut memainkan peranan closing sales secara auto.
  2. Banyak masa yang selama ini digunakan untuk membaca perkongsian sifu-sifu dan rakan-rakan di facebook berjam-jam siang malam digunakan untuk aktiviti yang lebih fokus untuk menghasilkan jualan dan produk untuk dijual.
  3. Lebih konsentrasi bila bekerja di pejabat. Dulu asyik nak scroll membaca cerita dan perkongsian di facebook. Sekarang lebih tenang. Tak perlu gatal tangan nak scroll ke atas dan kebawah sebab langsung tak buka facebook..hihi.

Adakah saya akan terus mengasingkan diri dari facebook ? Jawapannya TIDAK. Facebook adalah tempat yang bagus untuk bersosial dan seharusnya digunakan untuk bersosial dan berkomunikasi. Selama ini fokus adalah SALAH sebab untuk berjual dan MENCARI input dan ilmu. Bila itu berlaku, segala-gala input dan ilmu hendak digali dan beli di facebook. Mulalah scroll up down memanjang..haha.

Jika anda seorang yang masih melekat di facebook, cuba asingkan diri anda selama beberapa bulan dari facebook da rasai hidup tanpa facebook. Jika anda adalah buat bisnes di facebook, cuba keluar dari facebook dan dapatkan jualan diluar facebook.

Terima kasih kerana membaca hingga kebaris ini. Jika ada sebarang perkongsian, tuan/puan boleh komen dibawah. Jumpa lagi.

 

comments

Share Kepada Rakan

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

', 'auto'); ga('send', 'pageview');