Pernah dengar pasal AMP ?

Kalau anda mempunyai website, perkara wajib adalah website anda dapat dibuka dengan cepat dan sebagusnya sangat cepat.

Berita baik sekarang adalah, sejak 2016 Google berusaha sekerasnya untuk bersaing dengan FB agar website pages dapat dibuka dengan amat pantas melalui handphone. Maka wujudnya projek untuk AMP atau dalam bahasa orang putehnya Accelerated Mobile Pages.

Untuk mengesan pages yang ada AMP nie senang sahaja. Sila perhatikan tanda dibawah akan wujud disamping link search di google anda. Jika ada tanda tersebut, maka web pages / post tersebut adalah AMP.Kesan baiknya AMP adalah ia akan melajukan pembukaan web pages anda dengan mengurangkan beban pada web pages dan tidak mengaktifkan fungsi yang boleh melambatkan pembukaan web pages/post .  Apabila fungsi webpages dikurangkan, kesan buruknya, jika anda bertujuan untuk mendapatkan subscriber secara popup box, anda bermasalah. Tapi, ada caranya. Bina link untuk ke web pages asal jika anda hendak subscriber isi borang.

Bagaimana nak memasang AMP nie ?

Ok disini saya akan terangkan cara untuk instal AMP nie dekat blog wordpress. Mudah sahaja jika anda menggunakan wordpress yang berbayar. Caranya instal Plugin AMP. Plugin yang saya pakai adalah AMP for WordPress. Rujuk gambar dibawah.

 

 

Pengguna plugin ini telah melebihi 300K orang dan mendapat respon yang bagus serta sentiasa dikemaskini.

Jika anda masih baru… untuk menginstal plugin ini, sila pergi ke bahagian plugins dan add new. Selepas itu, anda search AMP for WordPress. Selepas itu aktifkan.

Selepas diaktifkan, akan wujud tab AMP dibahagian kiri anda.

 

Setting yang diperlukan amat minima sekali. Anda boleh abaikan sahaja atau cuma melakukan sedikit setting dengan membuat pilihan berikut dibawah. Oleh kerana saya nak post dan pages serta lead pages saya pun laju, maka saya pilih semua pilihan yang ada. Jika anda cuma nak post dekat blog sahaja yang di AMP kan.. so just pilih yang tu sahaja.

 

 

Itu sahaja.. mudahkan ?

Untuk test, anda boleh buka menggunakan handphone anda dengan meletakkan /amp dihujung link web anda. Contoh format seperti link dibawah.

Try yang link nie >> http://nazribollhassan.com/auto-reply-whatsapp/amp

Selamat mencuba dan lajukan website dengan AMP.

Try komen sikit dan bagi feedback anda jika anda dah cuba. Adakah ianya laju ?

comments

Leave a Reply